Pengenalan

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah kerana melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembentukan modal insan dapat dipupuk secara ‘hands on’ dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi.

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan ini bertujuan memberi latihan dan pengalaman kepada pelajar untuk menghadapi pelbagai situasi mencabar demi membina jati diri yang ampuh sebagai seorang pelajar SBP.

Selari dengan transformasi pendidikan terkini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, berpekerti  mulia dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.