Home
Kuliah Subuh Ramadan Siri 3.0
TAJUK: “PELUANG MENGGAPAI LAILATUL QADAR : MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN”
Tarikh: 23 Mac 2025 | 22 Ramadan 1446H (Ahad)
Masa: 7:00 - 8:00 Pagi
Secara atas talian
Personalia:
Ustaz Muhammad Fudhail bin Mohd Hakim
InsyaaAllah mari bersama-sama semarakkan Ramadan kali ini dengan meluangkan sedikit masa.
Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Sesi 2025
Alhamdulillah, Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid bagi sesi 2025 telah berlangsung pada pagi ini bertempat di Dewan Bestari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menerima watikah pelantikan sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas, Ketua Batch, Pengerusi Unit Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan.
Pelantikan ini merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Setiap pemimpin harus menjadi contoh teladan dalam aspek disiplin, akademik, sahsiah, dan kepimpinan agar dapat membimbing rakan-rakan serta membantu pihak sekolah dalam membentuk persekitaran STF yang lebih harmoni dan cemerlang.
Semoga para pemimpin murid sesi ini dapat menjalankan tugas dengan penuh integriti dan semangat juang yang tinggi, selari dengan hasrat sekolah dalam melahirkan individu yang berwibawa serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
"Pemimpin hari ini, tonggak kecemerlangan generasi akan datang."