Home
Pelancaran Program Desa Tun Sejahtera
11 Julai 2021 - Program Desa Tun Sejahtera telah selamat dilancarkan oleh Bonda Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua Cemerlang STF semasa Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah Atas Talian Bil. 5/2021. Antara objektif Progam Desa Tun Sejahtera (DST) adalah mengamalkan nilai-nilai murni untuk membentuk murid yang berakhlak mulia dan menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya setiap murid dan warga Desa Tun dengan menghargai sumbangan rakan-rakan, guru, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada diri dan juga sekolah. Program DTS yang berlangsung sepanjang tahun 2021 melibatkan semua pelajar berasaskan modul-modul yang telah ditetapkan untuk setiap tingkatan, antaranya Sejahtera Teladan, Sejahtera Ukhuwah Fillah, Sejahtera Ziarah Cakna, Sejahtera Kembara, Sejahtera Towards Leadership, Sejahtera Kesukarewalan dan Bina Legasi Sejahtera. Semoga progam DTS ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Maklumat lanjut boleh melayari pautan http://online.anyflip.com/rxsec/funy/mobile/index.html.
Tahniah Pn. Radziah...