Home
Video Pesan Bonda
Video Pesan Bonda Hajah Kamisah Aziz, Pengetua Cemerlang STF
Jadual Pembelajaran Sepanjang Tempoh PKP
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga Tuan/Puan dalam keadaan sihat dan dibawah lindungan Allah SWT.
Memandangkan PKP telah dilanjutkan ke fasa 3 iaitu sehingga 28/4/2020 dan sesi persekolahan pula akan bermula sehingga keadaan kembali pulih mengikut perkembangan semasa maka pihak sekolah merasakan adalah perlu utk melaksanakan pembelajaran jarak jauh yang lebih bersistematik.
Bersama-sama ini disertakan Jadual Pembelajaran Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi murid-murid Sekolah Tun Fatimah.
Jadual yang diberikan adalah sebagai panduan pembelajaran. Klik sini untuk mendapatkan jadual. Jadual Pembelajaran Sepanjang Tempoh PKP
Cara pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada guru masing-masing sama ada secara 'online' atau tugasan 'offline'
Pihak sekolah memahami beberapa kekangan yg wujud dalam situasi sekarang sama ada dari pihak murid/ibu bapa dan guru. Namun begitu tanggungjawab masih perlu dilaksanakan.
Sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan/puan bolehlah dimaklumkan kepada pihak sekolah melalui guru kelas/guru penjaga/kaunselor agar didalam makluman pihak sekolah supaya tidak timbul salah faham antara kedua-dua pihak yang pastinya masing-masing mengharapkan yang terbaik dalam pelbagai bentuk.
Pihak sekolah masih berpegang kepada Keselamatan dan Kesihatan itu perlu diutamakan.
Pihak sekolah sentiasa mendoakan agar kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan dijauhi dari wabak COVID-19 ini.
HAJAH KAMISAH AZIZ
Pengetua Cemerlang
Sekolah Tun Fatimah
Johor Bahru
17/4/2020
#staysafe
#stayathome