Home
Bonda Norisah wakil Malaysia
4 Disember 2020 : Dr Norisah Suhaili, Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru terpilih sebagai wakil Malaysia dalam 2020 APEC School Leadership Program (ASLP) yang berlangsung pada 30 November hingga 4 Disember 2020. Tuan rumah program ini adalah negara Korea dan dijalankan melalui Sidang Video. Dr Norisah juga telah membentangkan amalan terbaik yang dijalankan di STF. Bonda juga telah diberi peluang untuk membuat ucapan penutupan. Pihak warga sekolah merasa bangga atas pengiktirafan yang diberikan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Majlis Penutup Maulidur Rasul Peringkat STF
20 Nov. 2020 - Majlis Penutup Maulidur Rasul Peringkat STF telah berlangsung secara maya melalui live streaming Youtube berjalan dengan lancar yang dikendalikan oleh Badan Dakwah dan Rohani, STF. Pelbagai aktiviti dijalankan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat STF, antaranya Pertandingan Nasyid, Busana Muslimah, Dai'e Solehah, Open Mic Hadis, Sepanduk Digital, Komik, Parodi Lagu dan Kuiz. Keputusan pemenang boleh dilihat melalui pautan ini, keputusan pemenang Maulidur Rasul Peringkat STF.
Pesanan Pengarah Pendidikan Johor
PESANAN CIKGU HAJI SHAHARUDDIN SAARI
KHAS BUAT CALON-CALON SPM 2020
Anda calon yang hebat dan pasti akan cemerlang kerana tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran.
Kejayaan milik anda!!
Teruskan belajar walau apa kekangan mendatang.
BE STRONG
Ikhlas daripada,
Cikgu Haji Shaharuddin Saari
Pengarah Pendidikan Johor
#KPM
#PendidikanUntukSemua
#JPNJ
#PendidikanHolistik
#MengoptimumkanPotensi
#MemaksimumkanKeberhasilan
Dinie Juarai Suara Emas Merdeka 2020
12 Nov 2020 - NURDINIE ALEEYA BINTI NORAIZAM dari Sekolah Tun Fatimah menjuarai Pertandingan Suara Emas Merdeka Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2020 . Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui Pertandingan Online Kokurikulum JPNJ 2020 ini disertai oleh 179 orang peserta.