Home
Kolaborasi Atas Talian STF-NGHS 2020
27 Okt. 2020 : Program kolaborasi antara Sekolah Tun Fatimah (STF) dan Nanyang Girls High School (NGHS) telah berlangsung di Makmal Komputer 2, STF. Aktiviti kolaborasi ini melibatkan 35 orang murid-murid tingkatan tiga dari kedua-dua buah sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembentangan tentang sejarah kedua-dua buah negara, sejarah sekolah dan "school virtual tour/ sightseeing" sekitar sekolah masing-masing. Murid-murid turut belajar beberapa perkataan dan ungkapan asas dalam bahasa mandarin dan bahasa Melayu sebelum talian ditamatkan. Sekalung penghargaan buat Mr Mark Shone, Mr Aloysius, Miss Ong, Puan Roziana, Puan Reeza, Cikgu Falisha, Cikgu Safiqa, murid-murid tingkatan 3 STF serta murid-murid NGHS atas usaha dan kerjasama dalam menjayakan program kolaborasi ini.
Jadual Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2020
Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2020 boleh dimuat turun di menu Muat Turun atau klik sini.