Home
Lawatan dari SMKA Johor Bahru ke STF
6 September 2020 : STF menerima kunjunganseramai 9 orang dari SMKA Johor Bahru yang diketuai oleh En Mohd Azhar bin Tumin (Pengetua) serta barisan pentadbir, GBK & SU Peperiksaan. Lawatan bertujuan perkongsian ke arah kecemerlangan SPM & program kurikulum sekolah. Semoga sama-sama beroleh manafaat.
Z-Gen Royal Volume 3
5 September 2020 : Program Z-Gen Royal Volume 3 telah dilaksanakan dengan melibatkan kolaborasi secara atas talian melalui ZOOM antara Sekolah Tun Fatimah (STF) & SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT). Dengan tajuk kemahiran Public Speaking berkesan, 20 orang murid ting 4 STF berkongsi bersama 20 murid SEHEBAT selama 4 jam secara atas talian. Tahniah kepada 2 kumpulan terbaik & komitmen tinggi mereka sehingga tamat Volume 3 ini.
Z-Gen Royal Volume 2
4 September 2020 : Program Z-Gen Royal Volume 2 telah dilaksanakan yang melibatkan kolaborasi secara atas talian melalui ZOOM antara Sekolah Tun Fatimah (STF) & SM Sains Sembrong (SASEM). Dengan tajuk kemahiran Public Speaking berkesan, 20 orang murid tingkatan 4 STF berkongsi bersama 20 murid SASEM selama 4 jam secara atas talian.
Program Z-Gen Royal
29 Ogos 2020 - Program Z-Gen Royal Volume 1 telah berlangsung di bawah pengendalian Fasilitator Stagecraft Plt melibatkan 40 orang murid tingkatan 4. Murid diberi pendedahan dan latihan tentang pengucapan awam serta komunikasi berkesan dalam Bahasa Inggeris. Tahniah kepada 20 orang murid yang terpilih untuk sesi Volume 2 & Volume 3 nanti!