Home
Riang Ria Wajah-Wajah Puteri Bongsu STF
15 Ogos 2020 - Seramai 144 orang pelajar Tingkatan 1 terlibat dalam Bengkel Pengurusan Stress : Art Therapy di Padang Sekolah STF. Program yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling berobjektifkan untuk memberi pendedahan tentang konsep stress dalam kehidupan seorang murid. Selain itu, ianya juga membolehkan peserta mengetahui apakah punca-punca yang menjadi penyebab kepada stress dalam diri dan mengenalpasti faktor stress yang dihadapi.
Penilaian APSS Peringkat Negeri Johor
12 Ogos 2020 - Penilaian Akhir Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) Peringkat Negeri Johor 2020 berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang yang dipantau oleh En. Nazarudin Muhammad, Pn. Mazelina Mahmood dan En. Muhamad Nazery Mat Nor. Semoga Pusat Sumber STF beroleh kejayaan.