Home
Gotong Royong Perdana 1.0 2025
Tarikh: 13 April 2025
Hari: Ahad
Jam: 7.45 pagi - 12.00 Tghr
Alhamdulillah, GORO PERDANA 1.0 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh semangat kebersamaan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah terlibat - bonda pengetua, KGR, guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid - atas komitmen, kerjasama dan semangat bergotong-royong yang ditunjukkan. Semoga segala usaha yang kita curahkan hari ini menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT.
Majlis Pelancaran Program MEKAR 2.0 Felicienne 2428
Tarikh : 12 April 2025 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Surau Fatimah Az-Zahra, STF
Disempurnakan oleh : YBrs Pn Hajah Radziah Mohd Din, Pengetua Sekolah Tun Fatimah
Tetamu Jemputan :
- Pengarah Institut Dato' Onn, YBhg Tuan Mohd Gadaffie Abd Aziz (selaku Wakil PIBG 2024/2025)
- Pengarah YADIM Negeri Johor, YBhg Ustaz Muhammad Ammar Abdullah
- PK Hal Ehwal Murid, Pn Norsidah binti M. Amin
- Pengerusi Sarana Felicienne, Pn. Zuraidah Mohamed
- AJK Sarana Felicienne
- Penyelaras Felicienne
Penceramah :
Ustazah Siti Nuur Afiqah Mohd Saleh, Zamalah YADIM (Panel Penceramah)
Tajuk : Hebatnya Jadi Anak Perempuan