Home
Kuliah Subuh Ramadan Siri 1.0
TAJUK: "MENINGKATKAN IMAN MELALUI ZIKIR DAN DOA DI BULAN RAMADAN"
Tarikh: 9 Mac 2025 | 8 Ramadan 1446H (Ahad)
Masa: 7:00 - 8:00 Pagi
Medium: Google Meet
Personalia: Ustazah Aslindah binti Mohd Zaire
Jom semarakkan Ramadan kali ini dengan ilmu dan amalan! Luangkan sedikit masa untuk menghidupkan pagi Ramadan dengan zikir dan doa bersama.
Pasanggiri Jaipong
Juara Favourite!
Syukur! Pasukan tarian Sekolah Tun Fatimah berjaya merangkul Juara Favourite di International Folklore Dance Competition Bogor 2025 yang berlangsung di Botani Square Mall, Bogor pada 27 Januari 2025. Tahniah kepada peserta hebat kami.
Bimbingan oleh:
Puan Haliza binti Mohd Rashidi (SK91)
Encik Muhamad Farif bin Marlias (Jurulatih)
Terima kasih kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru & ibu bapa atas sokongan dan doa!
Majlis Aku Janji Akademik dan Pelantikan Guru Muda 2025
Alhamdulillah selesai sudah Majlis Aku Janji Akademik & Pelantikan Guru Muda 2025. Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, murid-murid STF melafazkan aku janji akademik, diketuai oleh ketua batch masing-masing. Hari ini juga menyaksikan pelantikan guru muda yang bersemangat untuk membantu rakan-rakan dalam kecemerlangan akademik dan kejayaan STF secara keseluruhan. Majlis ini bukan sekadar simbolik, tetapi bukti bahawa pendidikan adalah tunjang utama setiap murid, seiring dengan keseimbangan jasmani, emosi, dan rohani.Tahniah kepada semua yang terlibat! Semoga semangat ini terus menyala dalam diri setiap murid STF menuju kecemerlangan.