Home
Rewang Bubur Lambuk "Kongsi Rezeki Sebarkan Kasih"
Tarikh: 29 Mac 2025
Tempat: Laman Puteri
Majlis Rewang Bubur Lambuk di sekolah dengan penuh kemeriahan, semangat gotong-royong, dan ukhwah yang erat. Aktiviti tradisi yang dianjurkan pada setiap tahun di bulan Ramadan ini bukan sahaja bertujuan menyediakan juadah istimewa bubur lambuk, tetapi juga menjadi medan mengeratkan silaturahim antara guru-guru, kakitangan, murid, serta seluruh komuniti sekolah.
Semoga usaha murni ini membawa keberkatan, memperkukuhkan hubungan silaturahim, serta menyemarakkan semangat Ramadan yang penuh dengan rahmat dan keinsafan.