Home
ANUGERAH NILAM DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2025
Nama Peserta:
1) Ikhzzah Rahim Binti Ibrahim Kutty
2) Marsya Najihah Binti Rosmaini @ Rosman
Tahniah dan syabas kepada peserta kerana menunjukkan semangat yang tinggi dan komited sepanjang program dijalankan. Teruskan kecemerlangan dan jadilah inspirasi kepada yang lain!
KEMPIMPINAN MUDA GENERASI MADANI SBP
TEMPAT : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
TARIKH : 26-27 Feb 2025
Program ini melibatkan penyertaan semua murid Tingkatan 3 yang berlangsung dengan penuh semangat dan kerjasama semua pihak. Murid-murid bukan sahaja mempelajari kemahiran asas perkhemahan, tetapi juga memupuk nilai kepimpinan, disiplin dan kerja berpasukan.
Tahniah kepada semua yang terlibat! Semoga semangat dan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
ANUGERAH PENDIDIKAN KELESTARIAN ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
Syukur alhamdulillah.
Sekolah Tun Fatimah telah berjaya meraih Anugerah Emas Sekolah Showcase dalam Program Pendidikan Kelestarian anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Pengiktirafan ini adalah hasil usaha gigih seluruh warga STF dalam memelihara alam sekitar melalui pelbagai inisiatif lestari seperti gotong-royong, kitar semula, Kuru Kuru, Plastic Free Tuesdays, kitar semula minyak masak, dan banyak lagi.
Terima kasih kepada Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, AKP, ibu bapa, serta murid-murid atas sokongan padu dalam menjayakan program kelestarian ini. Untuk tahun ini, kami bertekad untuk memperkasa lagi usaha kelestarian dan mencipta impak lebih besar demi masa depan yang lebih hijau!