Home
KESUMA 2.0 SEKOLAH TUN FATIMAH
10-12 Jan - 2025 Program yang melibatkan 28 orang murid tingkatan 4 yang merupakan AJK Tertinggi Asrama 2024/2025, 60 orang murid tingkatan 3 yang bakal dilantik menjadi AJK Tertinggi Asrama 2025 dan guru-guru rumah. Program ini telah diketuai oleh 4 orang Fasilitator Utama yang telah menyertai KESUMA 2.0 Peringkat Kebangsaan SBP di SM Sains Tapah iaitu NURQISTINA IZZ ZUHRAH BINTI MOHD NAZIMUDDIN - PKR RUMAH AISHAH, HEMILDA ELINA BINTI HANAFI, PKR RUMAH ZETI, ROHADATUL AISY BINTI AZREEN, PKR RUMAH ZAINON, dan MARSYA NAJIHAH BINTI ROSMAINI@ROSMAN, PKR RUMAH FATIMAH. Guru Pembimbing yang terlibat adalah Puan Norsidah binti M Amin dan Puan Siti Norfalisha binti Rusli.
PERTANDINGAN: NADWAH KEPIMPINAN ISLAM GENERASI MADANI SBP PERINGKAT ANTARABANGSA SESI 2024/2025
TEMPAT : ILMU, JANDA BAIK, BENTONG PAHANG.
TARIKH : 6-9 JANUARI 2025
Nama Peserta:
1) NAJLA SAFIYYA BINTI MOHD RAZAK (4 TEGAS)
2) MUSHIRA AISY TAHIRA BINTI MOHD HATTA (4 FEMININ)
Pencapaian:
1) Pertandingan Perkongsian Amalan Terbaik (Tajuk: Pengurusan Kerohanian: Kem Pembangunan Sahsiah Murid) - Anugerah Perak
2) Pertandingan Usrah Kreatif (Tajuk: Usaha ke Arah Pemimpin Terbaik) - Anugerah Emas
3) Pertandingan Ikon Dakwah:
Tajuk 1: Malaysia Madani: Islam Semakin Subur dan Terjamin - Anugerah Perak
Tajuk 2: Hiburan: Batasannya dalam Islam - Anugerah Emas
Tahniah dan syabas kepada peserta kerana menunjukkan semangat yang tinggi dan komited sepanjang aktiviti dilaksanakan.
Majlis Penarafan Surau Imarah Sekolah (PERSISS) KPM dan Majlis Apresiasi Pendidikan Islam Peringkat Negeri Johor Tahun 2024
TEMPAT : BAROKAH VILLAGE RESORT, BATU PAHAT.
TARIKH : 30 DIS 2024
Majlis Penarafan Surau Imarah Sekolah-sekolah (PERSISS) KPM dan Majlis Apresiasi Pendidikan Islam Peringkat Negeri Johor Tahun 2024. Alhamdulillah, Surau Fatimah Az Zahra' STF berjaya meraih Anugerah Terbaik dengan Pencapaian 5 Bintang bagi kategori Sekolah Berasrama Penuh. Selain itu, bagi keputusan SPM 2023, STF turut dianugerahkan sebagai Sekolah Terbaik dalam peningkatan Gred Purata 0.28 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Pihak sekolah menerima trofi, sijil pengiktirafan, sijil penghargaan, serta wang tunai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Perbadanan Islam Johor (PIJ).