Home
Sahsiah Hebat Dunia Hormat
03 Dis. 2024 - Pembentukan sahsiah yang baik sangat penting, terutamanya dalam kalangan murid, kerana ia membentuk asas kepada keperibadian mereka dan membantu mereka untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan beradab dalam masyarakat. Sahsiah yang baik bukan sahaja mempengaruhi cara seseorang berinteraksi dengan orang lain, tetapi juga mempengaruhi pencapaian akademik, kerjaya dalam kehidupan peribadi mereka.
Program ‘Sahsiah Hebat, Dunia Hormat’ adalah program yang bertujuan untuk membentuk dan memperkukuh nilai-nilai murni serta akhlak dalam kalangan murid bagi mengembangkan sikap positif, berdisiplin, dan berakhlak mulia dalam kehidupan seharian mereka.
Seramai 150 orang murid Tingkatan 2 telah menyertai program ‘Sahsiah Hebat, Dunia Hormat’ yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Penceramah, En Mohd Shahril Bin Mohd Sabri, Pengasas tim Sahsiah Expert