Home
Jejak Gemilang Biologi
22 Nov. 24- Program Jejak Gemilang 2024 merupakan program tahunan yang diadakan bagi membantu sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru yang mencapai prestasi subjek Biologi kurang memberangsangkan. Sebanyak 20 buah sekolah yang terlibat di mana setiap sekolah menghantar seramai lima orang murid. Mereka dibantu oleh guru-guru muda yang terdiri daripada murid STF secara personal coach untuk meningkatkan pencapaian mereka. Ini merupakan program khidmat bantu STF untuk sekolah-sekolah harian sekitar Johor Bahru. Guru STF yangn terlibat adalah En. Zaidi bin Deraman dan Pn. Junaini binti Jamirun.
Program Metaskool Training of Trainers
17 Nov. 2024 - Program Metaskool Training of Trainers telah dikendalikan oleh Prof Madya Dr Helmi & Dr Norhafizah dari Universiti Kebangsaan Malaysia bersama MDEC menggunakan platform metaverse Spatial. Laman metaverse ini sepenuhnya dibangunkan oleh murid Sekolah Tun Fatimah, Zara Khan & Adeliea Umairah dari kelas 2 Bersih dengan bimbingan guru perintis metaskool, Pn Nur Safiqa. Subtopik yang dipilih adalah topik terakhir subjek sejarah Tingkatan 2 - Kegiatan Ekonomi Penduduk Sabah & Sarawak. Program yang berlangsung 2 hari ini melibatkan seramai 20 orang murid beserta 10 guru pembimbing dari sekolah-sekolah di negeri Johor. Terima kasih kepada pihak Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor atas peluang yang diberikan.