Home
Program Guru Muda Fizik Daerah Johor Bahru
29 Nov. 2024 - Program Guru Muda Fizik ini dijalankan setiap tahun sebagai salah satu usaha untuk membantu murid-murid sekolah di sekitar Johor Bahru amnya dah anak-anak STF khasnya untuk mencapai A+ dalam subjek Fizik SPM tahun 2024. Murid-murid STF seramai 41 orang menjadi mentor kepada murid-murid sekolah luar yang seramai 100 orang dan membimbing mereka menjawab soalan kertas 2 Fizik. Semoga usaha murni ini akan membuahkan hasil dan melahirkan ramai murid cemerlang fizik dalam SPM 2024.
Majlis Apresiasi Sumber Teknologi Pendidikan 2024
27 Nov. 2024 - MAJLIS APRESIASI SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2024 yang berlangsung di Dewan Seminar Pejabat Pendidikan Daerah Johor dirasmikan oleh YBrs. Tn. Hj Abdul Karim bin Masiran, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran) PPD JB. STF menerima beberapa anugerah seperti di bawah dalam majlis tersebut :
Anugerah Nilam Johor Bahru (Bahasa Inggeris)
Tempat ke-2:
NURQISTINA BASIRAH BINTI AHMAD FIRDAUS (5S)
Guru pembimbing:
PN. ROZIANA BINTI ZAKARIA
Pengkarya Muda (Bahasa Inggeris)
Tempat pertama:
SARAH AFRINA BINTI IZWAN (5J)
Guru pembimbing:
PN. ROZIANA BINTI ZAKARIA
Video Terbaik TV PSS Sinar Bestari
Tempat ke-2: STF
1. AUNI FIRDINA BINTI AZMAN (4B)
2. NABILAH SAFIYYAH BINTI MOHD SOBRIE (2T)
2. LAILA AMANI BINTI MOHAMAD KHAIRUL NIZAM (4B)
3. PUTRI FARLISSA AISHAH BINTI MOHD FARRIZ (4B)
Guru pembimbing:
PN. SITI NORFALISHA BINTI RUSLI
Alhamdulillah. Terima kasih kepada Bonda pengetua, barisan pentadbir dan semua guru yang mendoakan pencapaian dan kejayaan Pusat Sumber STF.