Home
STF raih Naib Johan
27 Okt. 2024 - Seramai 10 orang murid mewakili pasukan Robotik menyertai PETROSAINS RBTX CHALLENGE 2024 PERINGKAT AKHIR yang berlangsung pada 26 hingga 27 Oktober 2024 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pertandingan yang bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi murid serta dapat mengaplikasikan dalam penciptaan robot. Pencapaian adalah seperti disenaraikan
1. Naib Johan ROBO SUMO - 1kg (Kump Drax 2)
2. Naib Johan ROBO TRACER - Tech Marvel (Kump Drax 13)
3. Tempat Ke-4 ROBO TRACER - Tech Marvel (Kump Drax 11)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Robotik STf atas kejayaan yang dicapai di bawah bimbingan Cikgu Mat Kamil bin Deraman dan Cikgu Farawahida binti Zainal Abidin.
Bengkel Penulisan Esei Sejarah Ting. 2
22 Okt. 2024 - Bengkel Penulisan Esei bagi subjek Sejarah Tingkatan diadakan di Dewan Bestari STF. Bengkel yang bertujuan membantu dan membimbing murid untuk meningkatkan prestasi gred bagi mata pelajaran sejarah disampaikan oleh En. Mohd. Faisal bin M Salleh dari SMK Taman Putri, Johor Bahru. Semoga bengkel ini juga dapat memberi pendedahan tentang format dan kepelbagaian bentuk soalan struktur dan esei dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan kepada murid dalam menjawab soalan peperiksaan.