Home
MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI
Majlis Persaraan Cikgu Zawawi. Kata orang, perkara yang manis itu selalunya ada terselit pahit dan sakitnya yang tersendiri dan hari ini, cikgu menghadiahi warga Desa Tun lambaian kasih terakhir dan itu pahit. Lambaian yang menjadi titik noktah segala memori yang manis, tanggungjawab yang terlaksana, bahkan mengukir jasa yang tersemat dalam lipatan sejarah abadi. Di akhir cerita, semuanya terakam begitu indah, walaupun pada saat berpisah. Hakikatnya, seorang pendidik itu tugasnya tidak berpenghujung kerana anak didik yang dibentuk akan terus menuai asuhan nurani, hasil tenunan kasih dan sabar seorang guru. Selamat bersara cikgu!
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi
Pada 17 Januari 2025, berlangsungnya Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi, khas sempena persaraan Tuan Haji Muhammad Zawawi bin Md. Noordin, Guru Data dan Maklumat Sekolah Tun Fatimah yang telah menabur bakti selama 28 tahun 2 bulan di Desa Tun.
Buku Program - https://anyflip.com/kcmgu/qxoh/