Home
MAJLIS PELANCARAN SENAMAN RINGAN (X-BREAK) INSTITUSI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Siaran Langsung Majlis Pelancaran Senaman Ringan (X-Break) Institusi Pendidikan Peringkat Kebangsaan telah berjaya dilaksanakan pada pagi ini, bertempat di Dewan Bestari dan Laman Puteri yang melibatkan semua murid STF.
Objektif daripada pelaksanaan program ini adalah bagi melahirkan murid STF yang seimbang bukan sahaja dari aspek akademik dan sahsiah, malah aktif dari aspek kokurikulum. Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan murid-murid STF.